Ada harga yang tinggi untuk gambar-gambar yang aku ambil semasa di jeti pekan Lumut... disebabkan terlalu asyik mengambil gambar ini menyebabkan aku terlewat menghadiri kenduri dan dimarahi isteri.. maafkan aku ..
Di rumah Pak Don, paluan kompang sejurus tiba pengantin. Aku suka 'moment' ini.. gambar diambil di celah-celah hadirin. Dalam hidup ini kita tidak semestinya menjadi jutawan untuk mengecapi kehidupan yang bahagia. Betapa pemain kompang ini amat selesa dan mengecapi saat-saat gembira bersama kawan-kawan. Amat komited pada tugas, menyanyi

Mengambil gambar, menjadi model.. atau apa-apa sahaja di dunia ini perlukan kesabaran. Gambar begini nampak indah bila disiapkan tanpa ada orang yang mengetahui betapa sukar untuk merialisasikan.