Thursday, December 23, 2010

Lumut

 Sekitar persinggahan aku di Lumut tempoh hari..

Muaz, saudara keluarga isteri aku. Berbadan gempal dan 'banyak mulutnya' tapi fobia untuk naik lif..
Percakapannya pekat loghat negeri Kedah jelapang padi..
Gambar ini aku ambil di penginapan kami di Marina Cove. Aku edit gambar ini dalam sephia mode dan cerahkan dia supaya nampak macam  'High Key'





Ada harga yang tinggi untuk gambar-gambar yang aku ambil semasa di jeti pekan Lumut... disebabkan terlalu asyik mengambil gambar ini menyebabkan aku terlewat menghadiri kenduri dan dimarahi isteri.. maafkan aku ..




Di rumah Pak Don, paluan kompang sejurus tiba pengantin. Aku suka 'moment' ini.. gambar diambil di celah-celah hadirin. Dalam hidup ini kita tidak semestinya menjadi jutawan untuk mengecapi kehidupan yang bahagia. Betapa pemain kompang ini amat selesa dan mengecapi saat-saat gembira bersama kawan-kawan. Amat komited pada tugas, menyanyi sambil memalu kompang sehingga nampak vena jugular..







Mengambil gambar, menjadi model.. atau apa-apa sahaja di dunia ini perlukan kesabaran. Gambar begini nampak indah bila disiapkan tanpa ada orang yang mengetahui betapa sukar untuk merialisasikan.


2 comments: